IKLAN

Sunday, January 12, 2014

RM 1 UNTUK DAPATKAN KAMBING AKIKAH 2014 DI JOHOR BAHRU!



Johor Bahru: Bagi memeriahkan sambutan Maulidur Rasul esok, seorang penternak menawarkan kambing RM1 seekor bagi majlis akikah bayi yang dilahirkan pada hari berkenaan.

Program kali kedua diadakan selepas kejayaan program Akikah Perdana Kambing RM1 tahun lalu, Osman Goat Farm Sdn Bhd di Kangkar Tebrau dekat sini, mahu meneruskan kesinambungan kemeriahan sambutan Maulidur Rasul. 



Kali ini, syarikat itu menyasar peningkatan penerima lebih 100 orang, berbanding 51 tahun lalu bagi semua bayi yang lahir pada 14 Januari. 

Promosi di wad bersalin semua hospital kerajaan juga sudah kami buat bagi menghebahkan kepada orang ramai berhubung program ini kerana masih ada pihak yang kurang faham, selain takut dan bimbang dikenakan bayaran." Osman Cheya Kutty, Pengarah Urusan Osman Goat Farm Sdn Bhd


Pengarah Urusannya, Osman Cheya Kutty, berkata bagi keluarga yang berminat, mereka boleh membuat pendaftaran bermula hari ini sehingga Sabtu sebelum majlis penyerahan diadakan Ahad ini.

Katanya, bagi tujuan sambutan Maulidur Rasul dan program Akikah Perdana, syarikatnya menyediakan bekalan 900 kambing baka Boer, Feral dan biri-biri yang boleh dipilih sendiri penerima.

“Promosi di wad bersalin semua hospital kerajaan juga sudah kami buat bagi menghebahkan kepada orang ramai berhubung program ini kerana masih ada pihak yang kurang faham, selain takut dan bimbang dikenakan bayaran.

“Susulan daripada kejayaan program yang dimulakan syarikat ini tahun lalu, sebuah syarikat penternak dari Kedah turut menganjurkan program sama di negeri itu. 
“Pihak kami menyambut baik langkah itu dan berharap lebih ramai lagi penternak berbuat demikian,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Katanya, seperti tahun lalu, penerima hanya perlu membawa surat beranak atau bukti pengesahan daripada hospital pada majlis penyerahan yang dijangka disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd Mutalip Abd Rahim.

“Selain program itu, kami juga membuat promosi dalam tempoh dua bulan ini menjual kambing dengan harga promosi RM650 berbanding harga asal RM950 bagi pihak pengurusan masjid atau surau yang ingin menganjurkan majlis aqiqah, ” katanya.

Sebarang pertanyaan atau ingin membuat pendaftaran boleh menghubungi 019-7563000, 07-3542828 atau layari www.osmangoatfarm.com.



TAHNIAH OSMAN GOAT!!! 

No comments: