SEREMBAN 16 Jan. - Lebih 10,000 pengunjung dijangka memeriahkan penganjuran Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil peringkat kebangsaan yang bakal berlangsung di Dataran Senawang di sini selama tiga hari bermula esok.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Datuk Abu Ubaidah Redza berkata, penganjuran sambutan itu bertujuan bagi mengiktiraf sumbangan dan jasa penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara.
"Kita yakin mampu mencapai sasaran kehadiran pengunjung itu dan upacara kemuncak adalah pada majlis perasmian sambutan yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu ini.
"Buat masa ini, pelbagai persediaan berjalan lancar dan orang ramai dialu-alukan hadir bagi memeriahkan sambutan tiga hari ini," katanya di sini hari ini.
Jelasnya lagi, pelbagai program menarik disediakan sepanjang sambutan berkenaan termasuk penyediaan 150 gerai jualan, pameran, pertandingan memasak, mewarna, Forum Perdana Hal Ehwal Islam, kuiz pengguna, cabutan bertuah, persembahan artis dan mencari harta karun.
"Namun, objektif utama sambutan ini adalah bertujuan mendidik peniaga agar mematuhi etika seperti larangan menjual barangan tiruan, pematuhan harga termasuk kesalahan menjual barangan tamat tarikh luput," ujarnya.
Sambutan itu dianjurkan secara bersama oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan kerajaan negeri
Artikel Penuh: http://ww3.utusan.com.my/utusan/Selatan/20140117/ws_05/N-Sembilan-hos-Sambutan-Hari-Penjaja-dan-Peniaga-Kecil#ixzz2qiBWEqhF
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment