RM 700 -RM850 Ikut saiz
Sila hubungi: Shahrul: 017 - 7593761 - wassap pun boleh!
Sebelum tu, mesti anda semua tertanya-tanya apa itu kambing barbados ! Jom kita tengok jenis-jenisnya!!!
1.DAGING
Kambing yang mempunyai badan yang lebih padat
Ambing susu yang lebih kecil
2.SUSU
Pengeluaran utama adalah susu
Menghasilkan daging apabila pengeluaran susu berkurangan
BAKA KAMBING PEDAGING
1.BOER

Ciri-ciri baka:
~Berbadan putih & kepala merah
~Telinga yang pendulous
~Kadar tumbesaran yang lebih cepat
~Kadar lahir yang tinggi
~Pedaging
~BOER” : bermakna petani/penternak (farmer)
~Dibangunkan di Afrika Selatan pada awal 1900’s
~Dikenali sebagai “Africander”, “Afrikaner”, “South ~African common goat”
~Dipercayai Boer ini adalah hasil kacukan antara baka Namaqua Bushmen & Bantu
~Baka kambing yang POPULAR di dunia
~Tahan penyakit dalam pelbagai cuaca
~Kadar kelahiran :160 %
~Berat dewasa jantan : 110-135 kg
~Berat dewasa betina : 90 – 100 kg
~Kadar pertambahan berat badan : 200 g/hari

2.KATJANG
Ciri-ciri baka:
~Badan kecil, pendek dan tanduk melentur ke atas dan ke belakang
~Telinga tegak ke sisi
~Janggut pada kambing jantan
~Biasa berwarna hitam, coklat
3.CASHMERE

~Banyak terdapat di China, Turki,Afghanistan,Iraq & Iran
~Mudah dipelihara & tahan penyakit
~Bulu dicukur 1 kali/tahun
~Sekarang banyak dibiakkan di USA semenjak 1980 , baka diimport dari Australia
4.SAANEN
Ciri-ciri baka:
~Bulu dominan putih
~Hidung lurus

~Telinga tegak dan mengarah ke depan
~Dwiguna
~Titik hitam pada kawasan hidung,telinga dan kelenjar susu
~Ekor pendek dan tipis
~Ada kekacang pada leher
~Berasal dari Lembah Saanen, bahagian Barat Switzerland
~Kambing ini terlalu sensitif pada cahaya
Berat lahir :
~Jantan : 3.0 kg
~Betina : 3.3. kg
Berat dewasa:
~Jantan : 68-90 kg
~Betina : 36-63 kg
5.TOGGENBURG

~Kambing berasal dari Toggenburg Valley, Switzerland
~Saiz lebih kecil dari Alpine
~Telinga , kaki belakang berwarna putih
~Prestasi paling baik di kawasan beriklim sejuk
6.ALPINE
Ciri-ciri baka:

~Dwiguna
~Telinga sederhana & mengarah ke atas
~Asal : Pergunungan Alpine, Switzerland
~Nama negara baka ini dibiakkan akan ditambah eg : British Alpine, Itali Alpine, Perancis Alpine
7.ANGLO-NUBIAN
Ciri-ciri baka:

~Dwiguna
~Telinga menggantung
~Ambing susu yang besar
~Warna bulu hitam, merah,coklat,putih atau kombinasi
~Asal : Wilayah Nubia,India (sebelah timur laut Afrika)
~Sekarang banyak dipelihara Mesir, Afrika Selatan dan Abessinia
8.JAMNAPARI
Ciri-ciri baka:

~Muka cembung ( Roman Nosed)
~Telinga panjang dan melampai kebawah
~Bulu lebat pada bahagian punggung dan leher
~Berasal dari Wilayah Jamnapari, India
~Paling POPULAR di Asia Tenggara
~Berat kambing pejantan : 90 kg
~Berat kambing betina : 60 kg
~Pengeluaran susu : 235 kg per laktasi (261 hari)
~Sekarang import dari Indonesia (PE)
BAKA-BAKA BEBIRI
1.BARBADOS BLACKBELLY SHEEP

~Dibangunkan di Bahagian barat Kepulauan Hindi
~Bahagian bawah badan & celah kaki berwarna hitam
~ garis hitam (bars) di bahagian depan muka ke ~kening dan mulut
~Bahagian belakang dan sisi badan bervariasi warna
~Jantan & betina : tidak bertanduk
2.SANTA INES

Ciri-ciri baka:
~Juga dikenali sebagai Pelo de Boi de Bahia
~Kacukan antara Morada Nova x Bergamasca x Sahelian
~Tidak bertanduk
~Berat biasa : 40-50kg jika pemakanan yang baik berat sampai 100 kg
3.DAMARA

Ciri-ciri baka:
~Tahan lasak
~Berkaki panjang, fat tail & berbulu pendek
~Asal usul : Hamites ( Timur Asia ) dan Mesir
~Dibangunkan : Namibia & Angola
~Saiz besar bahagian bahu
~Badan panjang berbentuk oval
~Kaki panjang tetapi kuat
~Warna pelbagai
4.DORPER

~Berasal dari Afrika Selatan semenjak 1930 an
~Kacukan antara Dorset Horn dan Blackheaded Persian
~Bentuk badan cantik, bulu pendek
~Dorper : kepala hitam
~Baka bebiri ke-2 terbesar di Afrika Selatan
~Warna dipengaruhi oleh genetik yang dominan
~Dorper > 85% Dorper Sheep Breeders’ Society Afrika Selatan
~Pembiakan tidak bermusim
~Berat umur 4 bulan : 36 kg