IKLAN

Tuesday, June 28, 2011

Susah Mau Bela, Berniaga Kambing kalau Negara tak Aman.

Kestabilan politik, ekonomi dan negara amat penting untuk para peniaga terutamanya penternak-penternak dan para petani. Ini merupakan isi hati ikhlas dari saya seorang penternak kambing kecil-kecilan. Sekiranya keadaan negara huru-hara, susahlah golongan kecil macam kami mahu mendapatkan hasil.

Hendak menjual ternakan, sayur-sayuran pon susah. Lainlah kebanyakan mereka yang bekerja di sektor swasta, yang gajinya ada yang menjangkau puluhan ribu untuk berdemo dan melakukan huru-hara. Sedangkan kami kais pagi, makan pagi dan kais petang, makan petang.

Cuba lah fikir. Fikir keadaan orang lain yang sangat-sangat memerlukan.

Terpulang kepada si pemikir -

*Boer, Jamnapari...jangan ikut cam dioghang yer...

No comments: