IKLAN

Sunday, February 13, 2011

Piai Agrofarm Semakin Membesar

Tg Piai, Pontian- 1 lagi pusat penternakan bakal dibuka hujung tahun ini. Namun demikian, ia bukanlah penternakan kambing tetapi penternakan ayam kampung dan itik. Menurut pengarah strategik bagi penternakan kecil-kecilan, En Mohd Fairuzee B Ramlee, penternakan ayam kampung dan itik ini merupakan satu usaha permulaan bagi membekalkan bekalan ayam kampung dan itik serta telur-telurnya kepada perniagaan hiliran yang diusahakan oleh Pn Fuziah Rahmat (Restoran Tg Piai) dan Pn Hindon Rahmat (Gzie Shop Enterprise) selain menyahut seruan kerajaan untuk memajukan sektor pekebun kecil.

No comments: